Wallpaper Seminar Pelancongan
Syukur kehadratNya kerana dengan limpah kurniaNya jua, selesai jua perjalanan seminar yang dirancang sedari awal semester ini. Terima kasih yang tak terhingga buat semua jawatankuasa yang bertungkus lumus dan sama-sama membantu demi memastikan kelancaran seminar ini. Walaupun masih tak dapat dinafikan wujud juga kesilapan teknikal yang tidak dijangkakan tetapi semuanya telah dapat diatasi dengan sebaik mungkin. Tahniah sekali lagi kepada semua yang terlibat dan juga kepada semua pelajar Semester Satu Program Pengurusan Pelancongan dan Program Pengurusan Pelancongan (Taman & Rekreasi) yang telah memberi komitmen yang amat baik sepanjang berlangsungnya program ini.

Jawatankuasa Induk
Program Mesra Malaysia dan Think and Act Tourism ini adalah bertujuan untuk mendedahkan pelajar-pelajar semester satu jurusan pengurusan pelancongan kepada industri pelancongan amnya dan pelancongan Malaysia khususnya. Diharapkan dengan pelaksanaan program ini, para pelajar mendapat pengetahuan dan meningkatkan kefahaman tentang pelancongan.
Bahagian Hadapan Brosur
Di akhir sesi program ini, para peserta akan dapat memenuhi keperluan kursus 'Tourism Malaysia' HT104 dan 'Tourism and Hospitality Professional Development' HT102 untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berpengetahuan tentang industri pelancongan khususnya Malaysia dan sekaligus dapat mendedahkan pelajar kepada konsep hospitaliti yang sebenarnya.
Kad Jemputan VIP
Program ini telah diadakan pada 23 dan 24 Februari 2013 bertempat di DKU, PMS dengan kerjasama Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Pahang. Semoga pendedahan yang diberikan kepada pelajar-pelajar dapat dijadikan sebagai pandian berguna di masa akan datang.
Selamat Maju Jaya!
No comments:
Post a Comment