Pelajar DUP3 Sesi Jun 2012
Mungkin sedikit terlambat atau sememangnya sudah terlalu lambat untuk diceritakan tapi rasanya tidak menjadi kesalahan sekiranya cerita tentang lawatan itu dicoretkan untuk tatapan pembaca blog ini...
Bersama dengan pelajar-pelajar
semester tiga (DUP3) Sesi Jun 2012, Miss El telah membuat lawatan sambil belajar
(sebab pelajar-pelajar ini memerlukan Abacus training) maka kami telah pergi ke PHT selama 3 hari 2 malam sebanyak 2 kali pada Sesi Jun 2012.
Pelajar-pelajar sedang dipantau dan dibantu oleh pensyarah
Pelbagai cabaran & dugaan yang dilalui oleh kumpulan pelajar-pelajar ini dalam usaha untuk memenuhi keperluan silibus serta mendapatkan ilmu pengetahuan sebagai salah satu persediaan berhadapan dengan dunia kerjaya dalam industri pelancongan pada Sesi Disember 2013 iaitu latihan industri.
Pelajar-pelajar sedang tekun membuat practical lab
Syukur akhirnya perjalanan dalam melengkapkan sedikit ilmu berkaitan dengan tempahan dan tiketan kepada pelajar-pelajar DUP3 selesai dengan jayanya. Tahniah kepada DUP3!
No comments:
Post a Comment