:: LEARN FROM YESTERDAY, LIVE FOR TODAY, HOPE FOR TOMORROW ::

Inspirasi Transformasi Diri

Miss El terpanggil untuk menaip serba ringkas tentang bengkel yang dihadiri selama 2 hari (20 - 21 Mac 2012) bertempat di Bilik Seminar, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Ibrahim Sultan. Sebenarnyer letih juga la menghadiri bengkel ini dan Miss El juga terpaksa menangguh beberapa kuliah yang sepatutnya berlangsung pada tarikh yang terlibat. Kepada kelas-kelas yang berkaitan, nanti kita buat kuliah ganti yer....

Bengkel  ini dikenali sebagai bengkel ITD ataupun SPA (Sistem Penasihat Akademik) direkabentuk untuk membantu pelajar-pelajar mengenalpasti potensi dan kekuatan diri yang sebenar, menyediakan pelajar melangkah ke alam kerjaya dengan jayanya, dan mencapai world-class credentials yang membuatkan pelajar menjadi individu pilihan serta cemerlang dalam akademik, kerjaya dan kehidupan.

Ia memfokuskan kepada pembangunan personal, akademik, kerjaya dan kehidupan, agar pelajar dilengkapkan dengan pemikiran, kepercayaan, ekspektasi, sikap, tingkahlaku, dan
prestasi yang diperlukan oleh institusi pendidikan dan pihak majikan. ITD yang digunakan secara sistematik akan menjadi bukti bertulis yang sah bahawa bakal graduan telah membangun dan berubah
ke arah yang lebih cemerlang.

No comments: