:: LEARN FROM YESTERDAY, LIVE FOR TODAY, HOPE FOR TOMORROW ::

Eksplorasi Dunia Fauna!!!

 
Bila tengok gambar kat atas tuh..apa yang terlintas difikiran???
Sebaik selesai memberi kuliah Teknik Pemandu Pelancong yang berlangsung selama lebih kurang 3 jam (huhuhuhu) Miss El ingat nak sambung balik menanda Practical Test Teknik Pemandu Pelancong then nak upload semua markah pelajar dalam CIDOS.. tapi tetiba mood nak mengupdate blOg telah hadir tanda diundang...makanya Miss El pun mulalah mencari bahan yang berlegar-legar diminda Miss El pada kala ini..nak tangguh nanti takut tak buat dah..

Berbalik pada gambar diatas... ia merupakan banting yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar Semester Enam untuk subjek Tourism Attraction Management Project dibawah seliaan Miss El.  

Ni ler group prOject nyer bersama Miss El di Zoo Johor
Program Interpretasi Pelawat - merupakan tema pilihan pelajar-pelajar semester akhir Pengurusan Diploma Pelancongan bagi melengkapkan keperluan syarat penganugerahan Diploma Pengurusan Pelancongan. 
Tema...
Pelajar dibawah seliaan saya ini telah melaksanakan aktiviti yang dirancang di Zoo Johor pada 7 Mac 2012 (Rabu) dan syukur segala yang dirancang berjaya dilangsungkan dengan jayanya. Macam-macam ragam bebudak yang dijemput khas
bagi merealisasikan impian grOup kakak-kakak riang ria nih...
Cari aper tu dik?
Ni baru namanyer Explore Race !
Sesi menjawab Questionaire.. jawab jangan tak jawab!
dan banyak lagi aktiviti yang dilakukan disepanjang program ini berlangsung
termasuklah aktiviti bergotong-royong...
Lepas da selesai aktiviti, peserta dan guru pengiring sama-sama menikmati makan tengahari.
Sempat pose lagi tu..hehehe
Finally......sesi penyampaian hadiah la pulak...
Dan tak lupa juga sesi yang paling Miss El suka sekali...aper lagi bergambar ler!
Ucapan terima kasih tidak terhingga juga diucapkan kepada pihak Pengurusan Zoo Johor atas komitmen dan kerjasama yang telah diberi dalam usaha melancarkan program ini.
Bersama krew yang turut membantu...

No comments: