:: LEARN FROM YESTERDAY, LIVE FOR TODAY, HOPE FOR TOMORROW ::

HH203:Front Office Practice

Arahan : Sila log in ke CIDOS melalui pautan di blOg ini dan seterusnya memuat turun soalan practical work 1 beserta rubriknya sekaLi untuk kursus yang disebut di atas.
 
 
Pelajar diminta untuk mencetak soalan dan rubriknya serta membawa ke kuliah yang seterusnya. Kegagalan untuk mengikut arahan yang diberikan akan dikenakan tindakan.

Terkini : Perubahan Masa Majlis Penyerahan Baucer Buku 1Malaysia (BB1M)

Pengumuman...pengumuman!!!
Dengan sukacitanyer Miss El nak bagi berita gembira buat semua pelajar-pelajar
Politeknik Muadzam Shah (kepada yang membaca blog ini sila buat hebahan kepada kengkawan yer..kalu nak confirmation suh depa jenguk ke blog ini -  kalu ader perubahan maklumat juga akan disampaikan melalui blog ini)...dan pengumuman ini juga ditujukan khas buat pelajar-pelajar Program Pengurusan Pelancongan & Program Pengurusan Pelancongan (Taman & Rekreasi)......
 
 
Jabatan Pengajian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi akan memberikan bantuan BB1M kepada setiap pelajar berjumlah RM250.00. PihakUnit Hal Ehwal Pelajar akan mengadakan majlis penyerahan tersebut dan akan dirasmikan oleh Y.B. Senator Dato' Maznah Binti Mazlan, Timbalan Menteri Sumber Manusia Merangkap ADUN Muadzam Shah pada ketetapan berikut :
 
Tarikh : 28 Januari 2013 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi - 11.30 pagi  11.00 pagi
Tempat : Dewan Besar, PMS
 
Dan....Pameran buku juga turut diadakan pada hari tersebut dan kepada staf dan pelajar yang berminat untuk mendapatkan bahan bacaan boleh datang beramai-ramai bagi menyerikan lagi majlis.

Lawatan Sambil Belajar Ke Politeknik Hulu Terengganu, Terengganu

Pelajar DUP3 Sesi Jun 2012

 
Mungkin sedikit terlambat atau sememangnya sudah terlalu lambat untuk diceritakan tapi rasanya tidak menjadi kesalahan sekiranya cerita tentang lawatan itu dicoretkan untuk tatapan pembaca blog ini... Bersama dengan pelajar-pelajar
semester tiga (DUP3) Sesi Jun 2012, Miss El telah membuat lawatan sambil belajar
(sebab pelajar-pelajar ini memerlukan Abacus training) maka kami telah pergi ke PHT selama 3 hari 2 malam sebanyak 2 kali pada Sesi Jun 2012.
 
 Pelajar-pelajar sedang dipantau dan dibantu oleh pensyarah
 
Pelbagai cabaran & dugaan yang dilalui oleh kumpulan pelajar-pelajar ini dalam usaha untuk memenuhi keperluan silibus serta mendapatkan ilmu pengetahuan sebagai salah satu persediaan berhadapan dengan dunia kerjaya dalam industri pelancongan pada Sesi Disember 2013 iaitu latihan industri.
 
Pelajar-pelajar sedang tekun membuat practical lab
 
Syukur akhirnya perjalanan dalam melengkapkan sedikit ilmu berkaitan dengan tempahan dan tiketan kepada pelajar-pelajar DUP3 selesai dengan jayanya. Tahniah kepada DUP3!

Pesanan Khas Untuk DUP2 Sesi Dec 2012

Assalamualaikum wbt
Pelajar-pelajar DUP2 wajib log in ke blog Miss El ini pada hari Jumaat tarikh 25 Januari 2013 pada waktu kuliah antara jam 8.00 - 11.00 pagi dan sila klik pada pautan CIDOS. Kemasukkan anda ke blog/CIDOS ini akan dikira sebagai kehadiran pada tarikh tersebut. Pelajar dikehendaki memuat turun nota GDS serta labwork 1 dan 2 yang terdapat dalam
CIDOS sebagai persediaan kuliah yang berikutnya. Harap maklum.