:: LEARN FROM YESTERDAY, LIVE FOR TODAY, HOPE FOR TOMORROW ::

Kursus Asas Selam Skuba


Selaman scuba adalah aktiviti dibawah permukaan air yang dilakukan dengan menggunakan peralatan tertentu, yang membekalkan bekalan udara dan membenarkan penyelam menyelam untuk tempoh yang lama bawah air untuk tempoh masa yang lama.

Antara peralatan selam skuba
SCUBA adalah ringkasan kepada Self Contained Underwater Breathing Apparatus (Peralatan Pernafasan Bawah Air Lengkap Diri). Bercerita tentang selam skuba ini, Miss El nak war-warkan tentang kursus skuba yang Miss El hadiri bulan 12 hari tu..hurrmmm lama da tapi tak pe Miss El nak storykan juga di sini...
 Peserta-peserta sedang mempraktikkan teknik pemasangan peralatan skuba
Kursus skuba ni telah dijalankan di Kolam Akuatik PMS selama dua hari iaitu pada 17-18hb Disember 2012..seramai 51 peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar Program Pelancongan & Hospitaliti dan 6 jurulatih bertauliah daripada agensi luar telah memberi tunjuk ajar yang berguna sebagai persediaan kepada peserta tentang sukan skuba ini. Peserta juga didedahkan kepada peralatan yang digunakan serta cara-cara menggunakan peralatan skuba.
Peserta bersama instructor
Dan tak ketinggalan untuk Miss El bergambar dengan instructor selam skuba... cer tengok nih...

HH203:Front Office Practice

Arahan : Sila log in ke CIDOS melalui pautan di blOg ini dan seterusnya memuat turun soalan practical work 1 beserta rubriknya sekaLi untuk kursus yang disebut di atas.
 
 
Pelajar diminta untuk mencetak soalan dan rubriknya serta membawa ke kuliah yang seterusnya. Kegagalan untuk mengikut arahan yang diberikan akan dikenakan tindakan.

Terkini : Perubahan Masa Majlis Penyerahan Baucer Buku 1Malaysia (BB1M)

Pengumuman...pengumuman!!!
Dengan sukacitanyer Miss El nak bagi berita gembira buat semua pelajar-pelajar
Politeknik Muadzam Shah (kepada yang membaca blog ini sila buat hebahan kepada kengkawan yer..kalu nak confirmation suh depa jenguk ke blog ini -  kalu ader perubahan maklumat juga akan disampaikan melalui blog ini)...dan pengumuman ini juga ditujukan khas buat pelajar-pelajar Program Pengurusan Pelancongan & Program Pengurusan Pelancongan (Taman & Rekreasi)......
 
 
Jabatan Pengajian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi akan memberikan bantuan BB1M kepada setiap pelajar berjumlah RM250.00. PihakUnit Hal Ehwal Pelajar akan mengadakan majlis penyerahan tersebut dan akan dirasmikan oleh Y.B. Senator Dato' Maznah Binti Mazlan, Timbalan Menteri Sumber Manusia Merangkap ADUN Muadzam Shah pada ketetapan berikut :
 
Tarikh : 28 Januari 2013 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi - 11.30 pagi  11.00 pagi
Tempat : Dewan Besar, PMS
 
Dan....Pameran buku juga turut diadakan pada hari tersebut dan kepada staf dan pelajar yang berminat untuk mendapatkan bahan bacaan boleh datang beramai-ramai bagi menyerikan lagi majlis.