:: LEARN FROM YESTERDAY, LIVE FOR TODAY, HOPE FOR TOMORROW ::

HH203:Front Office Practice

Arahan : Sila log in ke CIDOS melalui pautan di blOg ini dan seterusnya memuat turun soalan practical work 1 beserta rubriknya sekaLi untuk kursus yang disebut di atas.
 
 
Pelajar diminta untuk mencetak soalan dan rubriknya serta membawa ke kuliah yang seterusnya. Kegagalan untuk mengikut arahan yang diberikan akan dikenakan tindakan.

Terkini : Perubahan Masa Majlis Penyerahan Baucer Buku 1Malaysia (BB1M)

Pengumuman...pengumuman!!!
Dengan sukacitanyer Miss El nak bagi berita gembira buat semua pelajar-pelajar
Politeknik Muadzam Shah (kepada yang membaca blog ini sila buat hebahan kepada kengkawan yer..kalu nak confirmation suh depa jenguk ke blog ini -  kalu ader perubahan maklumat juga akan disampaikan melalui blog ini)...dan pengumuman ini juga ditujukan khas buat pelajar-pelajar Program Pengurusan Pelancongan & Program Pengurusan Pelancongan (Taman & Rekreasi)......
 
 
Jabatan Pengajian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi akan memberikan bantuan BB1M kepada setiap pelajar berjumlah RM250.00. PihakUnit Hal Ehwal Pelajar akan mengadakan majlis penyerahan tersebut dan akan dirasmikan oleh Y.B. Senator Dato' Maznah Binti Mazlan, Timbalan Menteri Sumber Manusia Merangkap ADUN Muadzam Shah pada ketetapan berikut :
 
Tarikh : 28 Januari 2013 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi - 11.30 pagi  11.00 pagi
Tempat : Dewan Besar, PMS
 
Dan....Pameran buku juga turut diadakan pada hari tersebut dan kepada staf dan pelajar yang berminat untuk mendapatkan bahan bacaan boleh datang beramai-ramai bagi menyerikan lagi majlis.

Lawatan Sambil Belajar Ke Politeknik Hulu Terengganu, Terengganu

Pelajar DUP3 Sesi Jun 2012

 
Mungkin sedikit terlambat atau sememangnya sudah terlalu lambat untuk diceritakan tapi rasanya tidak menjadi kesalahan sekiranya cerita tentang lawatan itu dicoretkan untuk tatapan pembaca blog ini... Bersama dengan pelajar-pelajar
semester tiga (DUP3) Sesi Jun 2012, Miss El telah membuat lawatan sambil belajar
(sebab pelajar-pelajar ini memerlukan Abacus training) maka kami telah pergi ke PHT selama 3 hari 2 malam sebanyak 2 kali pada Sesi Jun 2012.
 
 Pelajar-pelajar sedang dipantau dan dibantu oleh pensyarah
 
Pelbagai cabaran & dugaan yang dilalui oleh kumpulan pelajar-pelajar ini dalam usaha untuk memenuhi keperluan silibus serta mendapatkan ilmu pengetahuan sebagai salah satu persediaan berhadapan dengan dunia kerjaya dalam industri pelancongan pada Sesi Disember 2013 iaitu latihan industri.
 
Pelajar-pelajar sedang tekun membuat practical lab
 
Syukur akhirnya perjalanan dalam melengkapkan sedikit ilmu berkaitan dengan tempahan dan tiketan kepada pelajar-pelajar DUP3 selesai dengan jayanya. Tahniah kepada DUP3!

Pesanan Khas Untuk DUP2 Sesi Dec 2012

Assalamualaikum wbt
Pelajar-pelajar DUP2 wajib log in ke blog Miss El ini pada hari Jumaat tarikh 25 Januari 2013 pada waktu kuliah antara jam 8.00 - 11.00 pagi dan sila klik pada pautan CIDOS. Kemasukkan anda ke blog/CIDOS ini akan dikira sebagai kehadiran pada tarikh tersebut. Pelajar dikehendaki memuat turun nota GDS serta labwork 1 dan 2 yang terdapat dalam
CIDOS sebagai persediaan kuliah yang berikutnya. Harap maklum.

Apa Itu Abacus?

Salam 1 Malaysia! 
Entri kali ni Miss El nak berkongsi sedikit pengetahuan tentang industri pelancongan..
Biler sebut abacus mesti ader yang terbayangkan benda ni atau juga dikenali sebagai sempua..

Tapi kita bukan nak citer sal abacus a.k.a sempua kat atas nih...
Pernah dengar tentang Global Distribution System??? Haaa... ringkasnyer kita panggil GDS.
Ia adalah sejenis perisian yang digunakan diserata dunia khas untuk membuat tempahan
yang berkaitan dengan industri pelancongan khususnya sektor pengangkutan....
tapi TAK TERMASUK tiket bas yer.. yang tu kena pergi beli direct di kaunter bas :))
Perisian ini digunakan secara meluas di lapangan terbang, hotel & agensi pelancongan..
jadi, jelaskan betapa peri pentingnyer perisian ini kepada dunia pelancongan..antara perisian
yang sering digunapakai seperti Galileo, Kommas & Abacus.. 

Secara tidak langsung, sebagai tenaga pengajar dalam tourism line nih, tidak dapat tidak kena la
mengajar GDS ini dalam usaha untuk melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran yang
menyeluruh untuk memenuhi keperluan tenaga kerja dalam industri pelancongan..
Tahu tak camaner rupanyer biler bekerja dengan software nih??
Bagi yang tak tahu mesti nak tahu kan.. rupanyer macam kat bawah ni..


Dikesempatan yang ada nanti akan Miss El "upload" nota atau info berkaitan Abacus di kolum
NOTES untuk kita kongsi bersama serba ringkas berkaitan perisian ini...
Cheers!!!

Selamat Hari Raya!

Salam 1 Malaysia!
Bersua kembali kita di blOg yang tak seberapa ini.. hurmmmm pantasnyer masa berlalu..
Kita kini berada dalam bulan September..Miss El mohon maaf kerana lama da tak update 
blOg ni.. antara sebab2nyer adalah kekangan masa..nak tengok blOg sendiri pun xsempat.
Well..memandangkan Miss El dah mula meng"update" blOg ni..Miss El harap belum terlewat
untuk Miss El ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir & Batin :))



Mini Carnival Museum Race!!!

Bersua kembali kita yer diruangan ini..Miss El baru ader kesempatan
nak berceritera tentang satu lagi team yang telah berjaya melaksanakan
program yang dirancang sedari awal semester ini....
Ni diaa!!!!!!!
Wahhhhh, seawal jam 7 pagi pada tanggal 10 Mac 2012 (Sabtu) crew2 terlibat telah berada dilokasi penggambaran!!
oOppsss..silap..lokasi aktiviti...Muzium Nelayan, Tanjung Balau dengan penuh semangat untuk memulakan program ini...
Program Interpretasi Pelawat - merupakan tema pilihan pelajar-pelajar semester akhir Pengurusan Diploma Pelancongan bagi melengkapkan
keperluan syarat penganugerahan Diploma Pengurusan Pelancongan. 
Program Interpretasi Pelawat team yang satu ni bertemakan 
"Mini Carnival Museum Race"..
Ketibaan peserta dari Kolej Komuniti Bandar Penawar
crew2 yang terlibat dalam menjayakan program ini rasa Miss El yang paling ramai kot...
fuhhhh!!!! kalu xcaya cer tgok gambar kat bawah ni....
Ramainyer huhuhu....
Tapi terus terang Miss El puji komitmen yang diberikan oleh setiap crew yang terlibat...walaupun masing2 hanya membantu rakan2 atau senior memasing yang seramai 6 orang tu jer tapi usaha dan kerjasama yang dipamerkan untuk sama2 menjayakan event ni bagi melengkapkan syarat keperluan  projek mereka sangat2 membanggakan..
sekalung TAHNIAH buat YOU OLsss!
(dengar2 khabar bajet yang dikuarkan pun blh tahan banyaknyer!)
Antara hadiah & cenderamata....
Peserta jemputan bagi event ini adalah daripada
Kolej Komuniti Bandar Penawar, Kolej Profesional Mara dan Tabika Perpaduan...
Peserta event...
Dan tanpa melengahkan masa.....
Event ni pun dimulakan dengan senaman pagi...
Ok adik2..ikut abang buat senaman yer!!!
Atlet-atlet dari PIS!!! Cayalah!
Selepas itu bermulalah program dengan acara-acara seperti...
Peserta sedang  memberi hint kepada kumpulan
menggunakan bahasa isyarat...
Bersungguh2 mengait jala...pandai ker tu???
Iklan...crew bertugas yang setia
sepanjang program berlangsung
Susun puzzle tu jangan tak susun yer...
Nak buat aper dengan bOtol tu???
Barisan peserta yang hebat2
bersaing dalam pertandingan mewarna!
Tag nama sama besar dengan peserta nih..adehhhhh!
Ehhh...abang nak bawa kemana ni?
Nanti sambung balik ok..da jam 7 malam nih..
Miss El sowang2 jer kat opis nih...nak balik rumah..sejuk da duk dlm opis..
nanti sambung ok..daaaaaaaaaaaaaaa
...........................................................................................
Ok..kita sambung semula ceritera program di Muzium Nelayan ni lagi...
Rentetan peristiwa bagi team ni agak panjang juga
lantaran jumlah aktiviti yang dilaksanakan dan
bilangan penyertaan yang ramai... banyak sangat gambar2
yang ingin rasanya Miss El upload tapi apakan daya...
Dan seperti biasa...(macam xbiasa kan kan kan)
Gambar Miss El mesti ader nyer...hehehe
Peserta cilik dengan hadiah masing2...
Time nih sibuk persiapan nak bergambar reramai..
bersama Puan Penolong Pengurus KEJORA
Yezza... dipenghujung program dah!
Adalah diharapkan pengalaman dalam melaksanakan event
seumpama ini akan terus terpahat dalam ingatan semua dan
jadikan pembelajaran ini sebagai satu pengalaman yang
berguna khususnya di alam pekerjaan nanti.
Dan sekali lagi sekalung tahniah buat semua crew2
yang terlibat dalam menjayakan event ini!