:: LEARN FROM YESTERDAY, LIVE FOR TODAY, HOPE FOR TOMORROW ::

Destinasi Pilihan Pemancing Tegar : Chalet Kg Merchung

Pada bulan Februari yang lalu...Miss El dan keluarga telah sampai ke satu  lokasi tarikan untuk pemancing tegar...Miss El ke lokasi tersebut pada hari cuti umum..hurmmmm nama tempat tersebut Chalet Kampung Merchung. Dimanakah lokasi atau kedudukan lokasi idaman pemancing tegar ini? 

 
Bagi pemancing2 tegar pastinya ia bukan lagi rahsia tetapi buat pelajar-pelajar pelancongan yang belum tahu atau x pernah tahu, anda perlu ambil tahu! Mengapa? Sebabnya sebagai pelajar yang mengikuti kursus pelancongan, pelajar seharusnya tahu kawasan dan lokasi manakah yang menjadi tarikan pelancongan dan produknya sekali. Lokasi Chalet Merchong 100km dari bandar kuantan, 323km dari Kuala Lumpur, dan lebih kurang 300km dari Johor Bharu. Jika dari Muadzam Shah, sampai disimpang Leban Chondong belok ke kiri dan destinasi tersebut hanya 12km disebelah kanan jalan. Sebenarnya kampung ini terletak dalam daerah Pekan tapi berhampiran dengan Rompin iaitu
setengah jam perjalanan sahaja.
 Sebelum menerjah ke chalet ini, Miss El terlebih dahulu telah membuat tempahan chalet sebab Miss El bimbang jika walk-in, chalet dah habis ditempah(sbg perancangan awal percutian). Chalet di sini berada dalam lingkungan harga RM50-RM70 untuk satu malam. Ada chalet yang disediakkan penghawa dingin dan ada dengan kipas sahaja...semua bergantung pada bajet masing-masing la kan. Walaubagaimanapun pengunjung juga boleh menyewa chalet secara harian. Caj yang dikenakan berdasarkan jam.  Gambar dibawah tu adalah antara chalet yang terdapat di sini..tu bilik Miss El sewa...alaaa yang pintu bilik terbuka tu... :))

 
Owhh ya...chalet ini juga turut menyediakan bot sewa untuk para pemancing tegar ke laut. Selain itu, di sepanjang kawasan chalet ini juga pengunjung boleh memancing menggunakan perahu kecil atau hanya sekadar duduk di tepi tebing. Untuk yang mencari ketenangan serta berkeinginan untuk berehat bersama keluarga, rasanya tidak salah jika lokasi ini dijadikan sebagai destinasi pilihan keluarga disamping dapat menjalankan aktiviti memancing bersama keluarga. Gambar seterusnya menunjukkan jeti yang boleh digunakan untuk berehat sambil memancing... kat sini la port Miss El memancing....

  
Dan hasilnya??? cuba la teka..jeng jengggg jengggggg.....
Tudiaaaa... Ikan duri pelbagai saiz berjaya dinaikkan oleh 3 pemancing :)

Kursus Asas Selam Skuba


Selaman scuba adalah aktiviti dibawah permukaan air yang dilakukan dengan menggunakan peralatan tertentu, yang membekalkan bekalan udara dan membenarkan penyelam menyelam untuk tempoh yang lama bawah air untuk tempoh masa yang lama.

Antara peralatan selam skuba
SCUBA adalah ringkasan kepada Self Contained Underwater Breathing Apparatus (Peralatan Pernafasan Bawah Air Lengkap Diri). Bercerita tentang selam skuba ini, Miss El nak war-warkan tentang kursus skuba yang Miss El hadiri bulan 12 hari tu..hurrmmm lama da tapi tak pe Miss El nak storykan juga di sini...
 Peserta-peserta sedang mempraktikkan teknik pemasangan peralatan skuba
Kursus skuba ni telah dijalankan di Kolam Akuatik PMS selama dua hari iaitu pada 17-18hb Disember 2012..seramai 51 peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar Program Pelancongan & Hospitaliti dan 6 jurulatih bertauliah daripada agensi luar telah memberi tunjuk ajar yang berguna sebagai persediaan kepada peserta tentang sukan skuba ini. Peserta juga didedahkan kepada peralatan yang digunakan serta cara-cara menggunakan peralatan skuba.
Peserta bersama instructor
Dan tak ketinggalan untuk Miss El bergambar dengan instructor selam skuba... cer tengok nih...