:: LEARN FROM YESTERDAY, LIVE FOR TODAY, HOPE FOR TOMORROW ::

ABOUT ME

Salam Perpaduan buat semua yang mengunjungi laman ini. Nama saya Elena Bt Anwar dan kini bertugas di Politeknik Johor Bahru dan merupakan tenaga pengajar di Jabatan Hospitaliti dalam Unit Pelancongan. Dilahirkan pada 18 April 1979 di Hospital Pulau Pinang. Pendidikan awal yang diterima di Tabika Kemas, Serdang Selangor sebelum melanjutkan pengajian peringkat rendah di SRK Seri Serdang, diikuti SM Seri Serdang. Kemudian ke MRSM Kuantan, Pahang dan seterusnya ditawarkan Program Matrikulasi Kolej Mara Kuala Nerang, Kedah sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan (Kepujian) di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. Pengalaman mengajar bermula pada tahun 2003 hingga sekarang. Tiga tahun pertama dalam kerjaya adalah bermula di sekolah menengah sekitar Seberang Prai (GSTT) sebelum menjadi tenaga pengajar di Kolej Komuniti pada tahun 2006. Pernah menjadi tenaga pengajar Program Integrasi PLKN di Kem Guar Chenderai, Perlis dan Kem Beringin, Langkawi. Asasnya laman ini dihasilkan bagi tujuan sesi Pengajaran & Pembelajaran kepada pelajar-pelajar saya. Dengan matlamat untuk membiasakan pelajar-pelajar jurusan Pelancongan & Pengembaraan dengan penggunaan teknologi terkini. Harap dengan kewujudan laman ini dapat membantu aktiviti pembelajaran! 





2 comments:

Anonymous said...

selamat pagi cikgu. saya ini anak murid cikgu. boleh tak saya dapat maksud atau definisi apa itu abacus sistem saya perlukan untuk report saya. harap cikgu boleh tolong saya terima kasih cikgu....

Anonymous said...

dan saya perlukan maksud atau definisi abacus sistem dalam bahasa melayu... tq